Saturday, 15 December 2012

SKRIP PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT

1.  Ketibaan Yang Berhormat
- Mengumumkan ketibaan
Yang Berhormat,  Dr. …………………….,
Ahli Dewan Undangan Negeri N…………….. beserta rombongan.
(Tetamu2 kehormat, hadirin hadirat sekalian dipersilakan duduk kerana majlis akan diteruskan sebentar lagi)


2. Ucapan Pengacara Majlis
Dengan lafaz Bismillah hirahma nir Rahim,

Melati Kuntum tumbuh melata,
Sayang Merbah di Pohon cemara
Assalam mualaikum mulanya kata
Saya sembahkan pembuka bicara



Yang Berhormat,
Dr. ……………., Ahli Dewan Undangan Negeri
N………………. beserta rombongan,
Yang Berusaha, Ayahanda ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, Ketua Kaum Kpg ……………………….,
Yang Berusaha, …………………………, Pengerusi Ranting PBB Kpg ……………………..,
Yang berusaha, Puan ………………, Pemangku Ketua Pewakilan WaniTA……………….,
Yang berusaha, ……………………, Pengerusi Surau Darul ……………………
Ahli-ahli Jawatankuasa Surau…………………..,
hadirin hadirat yang dimuliakan sekalian.

Assalam mualaikum wbt,  salam sejahtera, dan salam 1 Malaysia.




Alhamdulillah, bersyukur kepada yang Maha Esa, Kerana dengan limpah dan izin-Nya maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa untuk kita sama-sama berkumpul hari ini bagi menjayakan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang julung kalinya diadakan di Kampung kita.



Majlis juga dengan berbesar hati ingin mengalu-alukan kedatangan Yang Berhormat, Dr. ………………….. serta rombongan kerana sudi melapangkan hujung minggu beliau dalam kesibukan rutin harian, untuk berjumpa kita, penduduk kampong ………. 
Semoga dengan kedatangan Yang Berhormat, segala persoalan dan juga keperluan kita di kampong ini, mendapat perhatian dan keutamaan Yang Berhormat.  Dengan hadirnya Yang Berormat pada hari ini juga membuktikan wujudnya hubungan erat dan mesra antara pemimpin dan rakyat. Terima kasih Yang Berhormat. 

Majlis juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua hadirin dan hadirat sekalian kerana sudi datang ke majlis kita pada hari ini.  Semoga Kehadiran hadirin hadirat  sekalian, Majlis kita akan lebih meriah dan berseri.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan, kami alukan
Kecil telapak tangan, nyiru kami tadahkan



3. Bacaan Doa
Yang berhormat, hadirin hadirat sekalian,
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Suhardi Shakir untuk meminpin bacaan doa.
-       Dengan segala hormatnya dipersilakan
Amin, Amin Ya Rabbal ‘Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada al-fadhil ustaz Suhardi Shakir atas bacaan doa itu tadi.


Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati
Tangan ditadah penuh inaya
Majlis dibuka penuh rahmatnya
Mohon keberkatan serta hidayah
Moga tercerna minda kelas pertama

4. Ucapan alu-aluan ketua kaum, 
Yang berhormat, hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput ayahanda Tuan Hj ............................., untuk menyampaikan ucapan alu-aluan
-       Dengan segala hormatnya mempersilakan
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan alu-aluan itu tadi.




5. Ucapan YB 
Hadirin yang dirahmati sekalian,
Bukan Rumput sebarang rumput,
Rumput penghias tepi halaman,
Bukan Jemput sebarang jemput
Jemput mohon sampaikan ucapan,

Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan,
Majlis dengan berbesar hati, menjemput YB Dr,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, Untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
-       Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat atas ucapan itu tadi.
-       Semoga kata ucapan, amanat dan pesanan dapat kita hayati bersama


6.  sesi Perbincangan
Yang berhormat, hadirin hadirat yang dirahmati sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan aturcara sesi perbincangan antara Yang Berhormat dan Hadirin hadirat sekalian,
Oleh yang demikian, dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan sesiapa sahaja yang ingin mengemukakan persoalan atau inginkan penerangan lanjut mengenai apa2 sahaja isu di kampong ini, dipersilakan datang kehadapan dan silalah nyatakan nama terlebih dahulu untuk tujuan rekod.
Dipersilakan



Begitulah tadi selesainya sesi perbincangan antara Yang Berhormat dengan hadirin sekalian, semoga segala persoalan dan kemusykilan selama ini telah terjawab kerna seperti mana yang kita sedia maklum, Yang Berhormat kita ini adalah seorang yang pemmpin yang Prihatin dengan nasib rakyat di bawah pimpinan beliau.  Yang berhormat juga merupakan seorang yang komited dalam tugas serta pada pandangan peribadi saya, Yang berhormat merupakan pemimpin yang mesra rakyat.

7.  Penubuhan Jawatan Kuasa Bertindak
Yang Berhormat, hadirin hadirat sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan aturcara Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Kampung .............. sepertimana yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat dalam ucapan beliau sebentar tadi.

(Untuk melicinkan perjalanan pemilihan Jawatan kuasa Bertindak kpg hijrah ini, saya, Puan.....................  telah diamanahkan untuk mempengerusikan sementara pemilihan ini.
Saya akan dibantu oleh beberapa org pembantu sementara bagi mencatat dan juga mudah2an dapat melicinkan lagi aturcara pemilihan ini nanti.)

Diharapkan, saudara saudari, hadirin hadirat sekalian, sila cadangkan nama orang yang benar2 anda rasa boleh memberi kerjasama supaya jawatankuasa yang ditubuhkan nanti boleh bergerak secara pro aktif dan bukannya sekadar nama dan jawatan sahaja.





Sila lihat jawatan yang akan diisi dan dimulakan dengan jawatan

Penasihat: 1.  YB
                    2.  KK
Pengerusi :

Setiausaha:

Bendahari

Ahli Jawatankuasa : (seorang dari setiap zon)

Zon A:

Zon B:

Zon C:

Zon D:

Zon E:

Juru Audit Dalaman : akan dilantik dalam kalangan kakitangan Yang Berhormat.



Syukur Alhamdulillah, selesailah sudah pemilihan Jawatankuasa Bertindak Kampung ……..  Tahniah diucapakan kepada ahli jawatankuasa yang terpilih kerana kalian semua merupakan golongan yang bertuah .  penduduk kampong ............. telah memberi kepercayaan penuh kepada kalian semua untuk memimpin serta mewakilkan kami semua dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan kampong kita.
-       Dipersilakan semua ahli jawatankuasa yang telah dipilih datang kehadapan untuk diperkenalkan kepada hadirin hadirat sekalian.
-       Inilah dia barisan jawatankuasa bertindak kpg…..
-       Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan pengerusi yang baru dilantik untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.
-       Majlis merakamkan setinggi2 penghargaan dan insya allah, kami semua akan memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi.

Jamuan Ringan
Hadirin sekalian
Begitulah tadi berakhirnya majlis Pemimpin bersama rakyat serta pemilihan jawatan kuasa bertindak kpg hijrah. Sebelum mengundur diri, saya bagi pihak jawatan kuasa pengelola majlis ini ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat, Hadirin dan hadirat sekalian kerana sudi meluangkan masa untuk berambih bersama kami pada hari ini. 
Kehadiran Yang Berhormat pada hari ini, membuka lembaran sejarah kepada kpg ……. kerana pada hari ini, kita berpeluang untuk meluahkan segala kekusutan selama ini serta mendengar sendiri penjelasan dan pendidrian Yang Berhormat selaku pemimpin kita.
Mudah2an, tampuk pimpinan yang berhormat akan berkekalan sampai bila2. 
Majlis juga merakamkan ribuan terima kasih kepada hadirin hadirat semua kerana kerjasama yang tidak berbelah bahagi sehingga majlis ini dapat disempurnakan dengan licin dan jayanya.





Yang Berhormat, hadirin sekalian
Sebelum Mengundur diri Saya selaku Pengacara Majlis ingin memohon kemaafan sekiranya sepanjang perjalanan majlis ini, berlakunya kekasaran bahasa kealpaan minda, kurang  kepekaan kerana saya adalah manusia biasa. Segala yang baik datangnya dari Allah swt dan segala kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan saya sebagai makhluk Allah bernama insan.

Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
         Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.



Yang Berhormat

Sebelum berangkat pulang, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berhormat serta tetamu sekalian untuk menjamah jamuan ringan yang telah disediakan. Terima Kasih daun Keladi
Panjang umur murah rezeki
Pasti berjumpa lagi


(Dipersilakan


No comments:

Post a Comment